Bahasa Melayu (KARANGAN) Kertas Satu BAHAGIAN: A
Sila baca soalan dengan teliti sebelum menjawab soalan.
Anda hendaklah memilih SATU dari 3 soalan yang diberikan.
Masa menjawab ialah: 3 HARI 2 MALAM Untuk 2 Orang termasuk Sarapan
Soalan 1:Salah seorang pelajar Akademi Fantasia yang anda minati telah tersingkir minggu lalu dan anda berasa tidak puas hati atas kejadian berkenaan. Tuliskan sepucuk surat rasmi kepada A.C Mizal merayu agar pelajar berkenaan diterapkan semula kedalam rancangan berkenaan.Soalan 2:Tidak lebih dari 120 patah perkataan, tulis sebuah karangan betajuk - "Malas Pergi Ke Kuliah.."Soalan 3:Anda mewakili Sekolah anda dalam sebuah pertandingan perbahasan. Tajuk bagi perbahasan berkenaan ialah "Merempit adalah lebih merbahaya dari bermain Skateboard" - sebagai pihak pembangkang, sila tulis karangan yang menyokong hujah hujah anda didalam perbahasan tersebut.--------------------------------------------------------------------------------
Nama: Nihja
Kelas: Kelas D Pengangkutan Persendirian
Jurusan: Jurus Ke-3 Hikmat Naga Menari Hip Hop
Tarikh: Apara..tarikh pun kau tak tau ke?
Soalan Pilihan: Soalan Nombor 2
Aku adalah Nihja dan Nihja adalah aku.Oleh kerana aku ini Nihja dan Nihja itu aku, maka aku sebagai Nihja dan juga adalah salah seorang dari berdozen dozen pelajar jurusan Seni Lukis Grafik di sebuah Institusi yang tak kurang hebat mahal bayaran kos per-semesternya, maka aku semestinya hendak bangun dari kamarku yang indah dan mimpiku yang tak sudah untuk menghadiri sessi kuliah yang rata-ratanya agak membosankan.Namun sebagai Nihja yang punya sifat sifat yang agak abnormal dari manusia manusia yang biasa kita lihat, aku tidak membenci kuliah. Malah aku tak punya banyak pilihan dalam kehidupan ini kerana adalah sebagai tangggungjawab aku sebagai Nihja (heroin blog ini) dan juga seorang pelajar yang telah menghabiskan wang mak bapak untuk belajar demi segulung ijazah dan juga mengukuhkan lagi reputasi aku apabila aku melangkah ke alam pekerjaan kelak.Aku juga bertanggung jawab keatas "housemate-housemate" aku kerana rata rata gadis gadis ini memang bergantung hidup menambang kereta aku setiap hari dari rumah ke kolej. Tak dapat aku bayangkan betapa peritnya kehidupan seorang gadis remaja yang terpaksa berasak-asak dalam KTM dan Bas yang "Air Conditioning"nya dah lama tamat tarikh luputnya; tambahan pula mereka ini amatlah terdedah kepada ancaman ancaman dan anasir anasir yang tak berapa berkenan kita dengar seperti ragut, raba, ragut, raba, raba raba dan ragut lagi.Disinilah aku cuba berkhidmat dengan menumpangkan mereka didalam kereta Mini Cooper kuningku yang comel ini. (Jangan bimbang, bayaran yang dikenakan amatlah berpatutan) Bayangkan jikalau aku jatuh sakit ataupun terlanjur tidur, bagaimana gadis gadis manis ini hendak menghadiri kuliah? Nah...betapa besarnya jasa dan bakti aku (Nihja) untuk kebaikan dunia sejagat.Mengingatkan tentang tanggungjawabku kepada ibu bapa dan juga rakan rakan seguru aku inilah sudah cukup untuk aku (Nihja) untuk merempuh hari hari, berhujan berpanas dan menyusuri tol tol celaka menimba ilmu, mengisi duit poket extra ku sehingga aku "Graduate" kelak."Tiada pembukaan, tiada perenggan dan isi karangan tidak menepati kehendak solan."
Nihja, jumpa saya selepas kelas tamat - Cikgu XXXXX

Labels: Nihja Merapu kapundeng